5 Langkah Berkesan Atasi Kulit Kering dan Kusam

Share This Post

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Betulkah Kulit Kering dan Kusam Akan Buat Wajah Nampak Lebih Tua Dari Usia

Kulit kusam boleh jadikan kita kelihatan letih dan nampak tua dari usia sebenar, walaupun dengan mendapatkan rehat yang secukupnya. Sebelum KakNur berikan tips cara berkesan untuk atasi masalah kulit kering dan kusam, jom kita lihat terlebih dahulu punca kulit boleh mengalami masalah kusam dan kering.

5 Sebab Kulit Jadi Kusam dan Kering

  • Kulit kurang mengelupas (exfoliating)

Punca paling biasa kulit kusam dan kering adalah disebabkan kurang mengelupas. Bukan mengelupas secara keterlaluan yang kita inginkan, tapi pengelupasan ini berlaku secara semulajadi iaitu proses kulit menyingkirkan sel kulit mati dan menggantikan dengan sel kulit yang sihat.

  • Tak cukup minum air

Jika mengalami dehidrasi, pasti beri kesan kepada kulit kita menjadi kering dan kusam. Dehidrasi mengurangkan jumlah aliran darah kepada kulit, ia buatkan kita kelihatan pucat.

Dehidrasi kulit merupakan masalah jangka panjang, ini kerana sekiranya dibiarkan dalam tempoh lama, ia akan menjadikan kulit kusam secara kekal. Sel kulit kita bekerja dalam persekitaran yang terhidrat menyebabkan ia boleh beroperasi walaupun dalam keadaan kandungan air yang kurang.

  • Tekanan atau Stress

Stres biasanya menyebabkan masalah kesihatan, termasuk menjejaskan kulit. Tekanan menyebabkan paras kortisol meningkat, justeru boleh menjejaskan aliran darah ke kulit dan pembaikan kulit. Apa sahaja berlaku dalam hidup seperti marah, kecewa, sedih, akan menampakkan kesan pada kulit kita.

  • Kurang Tidur

Tidur yang cukup sangat penting kepada kesihatan kulit. Ini adalah kerana tempoh tidur, sel-sel kulit akan memperbaiki diri dan menjana sel kulit baru. Jika tempoh tidur tak cukup atau berubah, kulit kita tak boleh melakukan proses ini dengan kadar yang optimum.

  • Persekitaran tidak bersih

Persekitaran tidak bersih iaitu pencemaran udara, pendedahan kepada cahaya UV boleh menyebabkan kulit kusam dan bermasalah. Selain itu, kelembapan yang rendah dan angin kering juga menjadi elemen alam sekitar yang boleh menjejaskan kesihatan kulit juga.

5 Cara Berkesan Untuk Atasi Kulit Kering dan Kusam

  • Gunakan Bahan Penjagaan Kulit Semulajadi

Kulit wajah kita sentiasa mengumpul kotoran yang melekat hasil daripada pendedahan kepada debu dan pencemaran. Ini menyebabkan banyak kulit mati dan minyak semulajadi terkumpul padanya. Kalian boleh gunakan bahan penjagaan kulit (pastikan ia selamat dan semulajadi) yang fungsinya untuk:

Pembersih – menghapuskan penompokan minyak pada liang roma, mencegah isu seperti jerawat.

Toner – untuk memastikan tiada sisa minyak atau debu kekal pada permukaan. Sangat penting toner ini untuk mengambalikan keseimbangan pH kulit dan menutup liang roma.

Pelembap – untuk memperbaiki kulit

Makeup cleanser – untuk membuang sisa kosmetik yang digunakan atau boleh juga digunakan walaupun tidak mengenakan kosmetik.

  • Minum air secukupnya

Pastikan minum air secukupnya untuk membantu mengawal pengeluaran minyak pada wajah dan mengetatkan liang roma. Minum air secukupnya juga sangat penting untuk mengekalkan keanjalan kulit.

  • Gunakan pelindung matahari

Sekiranya kalian ingin keluar rumah, pastikan pakai pelindung matahari. Ini untuk menjaga kulit daripada sinaran UV yang berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.

  • Bersenam

Dapatkan rutin senaman minima 3 kali seminggu. Aktiviti senaman meningkatkan peredaran darah yang baik ke kulit dimana ia dapat membantu proses pertukaran nutrisi dan penyingkiran toksin dari sel kulit.
 

  • Pemakanan Seimbang

Dapatkan pemakanan seimbang setiap hari iaitu elakkan makanan proses, tinggi gula dan lemak
Tambah pengambilan protein berkualiti tinggi. Tambah pengambilan asid lemak perlu (essential). Ambil makanan banyak antioksidan.

KakNur akui kebanyakan wanita suka sangat dapat kulit cantik, putih dan berseri. Tapi dalam pada kita mencari kaedah untuk kulit berseri dan cantik dengan result segera, perhatikan juga faktor keselamatan produk. Adakah ianya selamat untuk kulit dan kesihatan kalian? Sebab itu pada KakNur sendiri HAUS tetap menjadi pilihan dalam bab penjagaan kulit.

Antara produk HAUS yang sesuai untuk mengatasi masalah kulit kering dan kusam adalah:

Blood Orange Scrub Cleanser
Blood Orange Cream Moisturiser
Blood Orange Serum
Silky Intense Oil Calendula

Pilihan di tangan masing-masing, KakNur telah pun memilih yang terbaik dan sangat yakin kalian juga akan memilih yang terbaik. Apatah lagi nak pakai dimuka sendiri kan?

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika kalian ingin mendapatkan produk HAUS Skin atau HAUS Cosmetics, boleh hubungi KakNur disini yah.

NAK EBOOK RAHSIA WAJAH KEKAL MUDA SECARA PERCUMA?

Umur Dah 40, Tapi Kulit Wajah Macam Anak Dara Remaja

ARTIKEL LAIN

Masukkan Nama, Email & No Phone Anda Di bawah