Langkah Penjagaan Kulit Wajah Supaya Sihat dan Berseri

Share This Post

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Semua wanita dalam dunia ni nakkan penampilan yang cantik , barulah ada keyakinan diri yang tinggi. Nak berhadapan dengan orang pon tak risau, nak bertentang mata pon confidence dia lain macam kalau semua perfect.

Jadi sebagai seorang wanita kita perlu disiplin dan rajin menjaga kebersihan diri terutama kulit wajah kita. Di sini Kakyaa nak share step-step yang perlu kita ikuti untuk nak dapatkan kulit wajah sihat, glowing, flawless, berseri dan cantik.

CUCI MUKA SEKURANG-KURANGNYA DUA KALI SEHARI.

Malas macam mana pon, sampai tahap nak mandi pon balok liat yakmat (bahasa kedah malas) pastikan muka mesti cuci sekurang-kurangnya pagi dan sebelum tidur. Jangan pula terlalu kerap, nanti bimbang kulit wajah kita jadi terlalu kering dan kesat.

CUCI MUKA DENGAN AIR SUAM DAN SEJUK.

Kalau boleh cuci muka kita dengan air suam supaya liang pori akan terbuka bagi memudahkan kita mencuci kotoran yang ada di liang pori. Selepas dah bersih, cuci plak dengan air sejuk supaya liang pori tertutup semula.

PILIH SERUM YANG SESUAI DENGAN JENIS KULIT

Kakyaa syorkan selepas je cuci muka bersih bersih hampa terus lap muka dan dap dap secara menaik dengan serum organik sebab ketika itu kulit kita senang nak absorb terus ke kulit. Serum ni bagus untuk anti aging, jeragat, jerawat yang acah acah nak naik tak jadi naik, jerawat yang ada pon jadi kecut.

PAKAI PELEMBAP SETIAP HARI

Ha satu lagi benda wajib ni. Selepas letak serum kita sapu plak pelembap bagi memastikan kulit kita kekal lembap sepanjang hari.

PERLINDUNGAN UV

Dah kulit bersih, lembap semua so takkan nak keluar macam tu je. Nak biarkan kotoran, pencemaran serta sinar UVA, UVB menyambar ke kulit kita. Jangan wei yang ni la yang buat kulit kita kering, pigmentation macam jeragat, bintik hitam semua naik. Wajib ambik sunblock dan sunscreen.

CUCI SARUNG BANTAL DAN TUALA MUKA DENGAN KERAP

Pastikan sarung bantal tidur kita dan tuala muka kerap dicuci untuk menggelakkan jangkitan kuman kat muka kita.

KURANG MENYENTUH KULIT MUKA

Kurangkan menyentuh kulit wajah kita, sebab tangan la banyak menyebarkan kuman dan bakteria dengan mudah . So kurangkan la nak picit hidung ke muka ke. Kalau nak sentuh juga pastikan tangan tu sentiasa bersih ye.

So itu je sharing Kakyaa kat korang jangan lupa amalkan tau.

Pilih skincare yang sesuai dan selamat serta dijamin halal

NAK EBOOK RAHSIA WAJAH KEKAL MUDA SECARA PERCUMA?

Umur Dah 40, Tapi Kulit Wajah Macam Anak Dara Remaja

ARTIKEL LAIN

Masukkan Nama, Email & No Phone Anda Di bawah